top of page

PANGGILAN KERTAS KERJA 

Terdapat 3 bidang untuk Konferensi Antarabangsa ISME 2023:
 

Budaya Visual

Seni Islam, Warisan Melayu, Kesenian & Kraftangan Tradisional Melayu, Isu-isu Kesenian & Rekabentuk, Sosiologi Seni Lukis & Seni Reka, Psikologi Seni Lukis & Seni Reka, Kesenian & Terapi, Kesenian & Pelancongan, Estetika & Falsafah, Arkeologi & Antropologi, Pendidikan Seni, Teori Seni Lukis & Seni Reka, Asas Kesenian, Pengurusan Kesenian & Kebudayaan, Muziumologi & Teknologi, Pemuliharaan & Kurator, Kesenian & Ketamadunan,  Kesenian & Nasionalisme, Kritikan Seni, Kesusasteraan, Apresiasi Sejarah Seni & Sejarah Rekabentuk, Seni Lukis & Seni Reka Melayu Kontemporari, Kesenian & Perundangan Harta Intelek, Kesenian & Keusahawanan, dan Seni Komersil & Ekonomi.

 

Teknologi Rekabentuk

Seni & Kraf, Rekabentuk Dalaman, Lanskap & Seni Bina, Rekabentuk & Teknologi Perindustrian, Rekabentuk Fesyen & Tekstil, Teknologi Seni Logam Halus, Seramik, Rekabentuk Produk, Rekabentuk Pengilangan & Pengkomersilan, Kaedah & Proses Rekabentuk, Rekabentuk Digital, dan Prototaip.

 

Komunikasi Visual & Media Baharu

Multimedia, Pengiklanan, Identiti Korporat, Animasi, Permainan & Rekabentuk Aplikasi, Seni Persembahan, Teknologi Filem & Hiburan, Realiti Maya, Seni Lukis & Seni Reka Konseptual, Fotografi, Imej Jenama, Seni Halus (Lukisan, Catan, Cetakan, & Arca).

THEMES

TERMA & SYARAT

Kertas kerja yang dihantar tidak boleh diterbitkan atau di bawah pertimbangan untuk penerbitan di tempat lain.

​

Semua kertas kerja juga harus mematuhi garis panduan penyerahan manuskrip yang termasuk:

  • Tajuk kertas kerja, nama pengarang, gabungan, alamat dan alamat e-mel yang bersesuaian.

  • Abstrak mesti menyatakan dengan jelas tujuan kertas kerja, tidak lebih daripada 200 perkataan.

  • Lima kata kunci yang menentukan subjek kertas kerja.

  • Panjang kertas kerja penuh harus jatuh antara 5000-8000 kata, tidak lebih dari 6 halaman atau kurang dari 5 halaman (muat turun templat di bawah).

  • Rujukan adalah wajib. Rujukan hendaklah ditulis mengikut Gaya APA (http://www.apastyle.org/) untuk panduan.

RULES
PUBLICATION

PENERBITAN

 

 

Kesemua kertas kerja yang diterima akan diterbitkan didalam e-prosiding Konferensi Antarabangsa Kesenian Islam & Melayu ISME2023 pada 18 November 2023. Kertas kerja terpilih akan diterbitkan dalam beberapa penerbitan jurnal berindeks seperti International Journal of Art & Design (IJAD) dan Jurnal al-Ulwan.

PENGHANTARAN 

  
Kertas kerja penuh boleh dihantar dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penghantaran abstrak dan kertas kerja penuh mestilah mengikut format yang telah ditetapkan seperti dalam templat yang dilampirkan. Sila isi butiran lengkap melalui
borang penyertaan secara online yang disediakan untuk pendaftaran dan penghantaran kertas kerja. 

​

​

  • Facebook - White Circle
  • LinkedIn - White Circle
  • Twitter - White Circle

ABSTRAK,
Bayaran &
Pendaftaran

24 OGOS 2023 

Kertas Kerja Penuh

15 SEPTEMBER 

2023 

Pemberitahuan Penerimaan

25 SEPTEMBER 2023  

Kertas Kerja Siap-Sedia  

25 OKTOBER 2023

ORGANIZER

PENGANJUR

 
Konferensi Antarabangsa ISME 2023 dianjurkan oleh Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA, Melaka dengan kerjasama Unit Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Melaka, International Journal of Art & Design (IJAD) dan Jurnal al-Ulwan.

Sebarang pertanyaan , sila emailkan kepada:  uitmcm.isme2023@gmail.com

Yang Benar, 
Dr. Liza Marziana Mohammad Noh
Pengerusi Konferensi Antarabangsa ISME 2023
Universiti Teknologi MARA, Melaka, Malaysia.  

bottom of page