top of page
Copy of Copy of Copy of We provide the best service to you (3).png

Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Malaysia dengan kerjasama Universiti Melaka, Malaysia, International Journal of Art & Design (IJAD) dan Jurnal al-Ulwan akan menganjurkan Konferensi Antarabangsa Kesenian Islam & Melayu ISME2023 pada 18 November 2023. ISME adalah singkatan kepada istilah “Islam & Melayu” yang merujuk kepada Alam Nusantara (Malay Archipelago), atau Alam Melayu. “Isme” juga merujuk kepada satu gerakan atau aliran dalam kesenian yang bersesuaian dengan konsep konferensi ini dalam usaha mewujudkan satu aliran pemikiran dalam bidang seni visual yang berteraskan kepada prinsip Islam dan budaya Melayu. Melalui konferensi ini, kami berharap dapat mengumpulkan pengkaji dan penulis ilmiah untuk bersama-sama berkongsi idea dan dapatan kajian dalam bidang Seni Kreatif, Komunikasi Visual, Teknologi Reka Bentuk dan Kemanusiaan.

​

​

KONFERENSI ANTARABANGSA ISME 

KONFERENSI ANTARABANGSA ISME 2023

SENARAI BIDANG

Budaya

Visual

Komunikasi Visual

& Media Baru

Teknologi

Rekabentuk

LOKASI KONFERENSI

UITM CAWANGAN 

MELAKA, MALAYSIA

TARIKH KONFERENSI

18 NOVEMBER 2023

TARIKH KONFERENSI

18 NOVEMBER 2023

Kesemua kertas kerja yang diterima akan diterbitkan didalam e-prosiding Konferensi Antarabangsa Kesenian Islam & Melayu ISME2023 pada 18 November 2023. Kertas kerja terpilih akan diterbitkan dalam beberapa penerbitan jurnal berindeks seperti International Journal of Art & Design (IJAD) dan Jurnal al-Ulwan.

PENDAFTARAN KONFERENSI

Kertas kerja penuh boleh dihantar dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penghantaran abstrak dan kertas kerja penuh mestilah mengikut format yang telah ditetapkan seperti dalam templat yang dilampirkan. Sila isi dan lengkapkan borang pendaftaran secara online yang disediakan untuk pendaftaran dan penghantaran kertas kerja. 
​
REGISTRATION

Proses Pendaftaran

Pendaftaran untuk semua pembentang dan peserta perlu dilakukan secara dalam talian (online) selepas selesai pembayaran yuran konferensi. Proses pendaftaran dan pembayaran adalah seperti berikut:

  • Hantar abstrak​ (daftar online)

  • Menerima pemberitahuan penerimaan

  • Bayaran yuran konferensi (muatnaik bukti pembayaran secara online)

  • Hantar kertas kerja penuh (daftar online)

Pembentang 

  • Bayaran yuran konferensi (muatnaik bukti pembayaran secara online)

Peserta

Daftar Penyertaan

Sila lengkapkan butiran di alamat pautan yang disediakan ini untuk pendaftaran penyertaan.

Penghantaran Abstrak

Penghantaran Kertas Kerja Penuh

IMPORTANT DATES

TARIKH PENTING

Abstrak, Bayaran & Pendaftaran     : 24 OGOS 2023 (DILANJUTKAN) 
Kertas Kerja Penuh                          : 15 SEPTEMBER 2023 
Pemberitahuan Penerimaan           : 25 SEPTEMBER 2023  
Kertas Kerja Siap-Sedia                   : 25 OKTOBER 2023

Tarikh Konferensi                            : 18 NOVEMBER 2023

CONTACT US

HUBUNGI KAMI

SEKRETARIAT KONFERENSI ANTARABANGSA ISME 2023
Kolej Pengajian Seni Kreatif,
Universiti Tekn
ologi MARA,
KM 26, Jln Lendu,
78000 Alor Gajah,
Melaka,
MALAYSIA

email: uitmcm.isme2023@gmail.com
​
​

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Dr Liza Marziana Mohammad Noh  : 019-6645186 @ 06-5582893
Dr Norhazaleen Saad                         : 019-3811621
Puan Shaliza Dasuki                           : 017-2892985
Puan Siti Sarah Adam Wan               : 010-2200623

best-of-malacca.jpg
bottom of page