Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka, Malaysia dengan kerjasama Unit Penyelidikan & Jaringan Industri (PJI) UiTM Cawangan Melaka, EK/RIG Alam & Tamadun Seni Melayu (ADAT), UiTM Cawangan Melaka, International Journal of Art & Design (IJAD) dan Universitas Sebelas Maret (UNS) akan menganjurkan Konferensi Antarabangsa Islam & Melayu ISME2020 pada 24 September 2020. ISME adalah singkatan kepada istilah “Islam” & “Melayu” yang merujuk kepada Alam Nusantara (Malay Archipelago), atau Alam Melayu. “Isme” juga merujuk kepada satu gerakan atau aliran dalam kesenian yang bersesuaian dengan konsep konferensi ini dalam usaha mewujudkan satu aliran pemikiran dalam bidang seni visual yang berteraskan kepada prinsip Islam dan budaya Melayu. Melalui konferensi ini, kami berharap dapat mengumpulkan pengkaji dan penulis ilmiah untuk bersama-sama berkongsi idea dan dapatan kajian dalam bidang Seni Kreatif, Komunikasi Visual, Teknologi Reka Bentuk dan Kemanusiaan.
KONFERENSI ANTARABANGSA ISME
TEMA
KONFERENSI ANTARABANGSA ISME 2020
Budaya
Visual
Komunikasi Visual
& Media Baru
Teknologi
Rekabentuk
LOKASI KONFERENSI
HOTEL LACRISTA
MELAKA, MALAYSIA
TARIKH KONFERENSI
24 SEPTEMBER 2020
Kesemua kertas kerja yang diterima akan diterbitkan didalam e-prosiding Konferensi Antarabangsa Islam & Melayu ISME 2020 pada 24 September 2020. Kertas kerja terpilih akan diterbitkan dalam beberapa penerbitan iaitu bab dalam buku, jurnal berindeks seperti International Journal of Art & Design (IJAD) dan jurnal Inspirasi, Seni, Intelektual (ISI).
PENDAFTARAN KONFERENSI
Kertas kerja penuh boleh dihantar dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penghantaran abstrak dan kertas kerja penuh mestilah mengikut format yang telah ditetapkan seperti dalam templat yang dilampirkan. Sila isi dan lengkapkan borang pendaftaran secara online yang disediakan untuk pendaftaran dan penghantaran kertas kerja.
Proses Pendaftaran
Pendaftaran untuk semua pembentang dan peserta perlu dilakukan secara dalam talian (online) selepas selesai pembayaran yuran konferensi. Proses pendaftaran dan pembayaran adalah seperti berikut:
-
Hantar abstrak (daftar online)
-
Menerima pemberitahuan penerimaan
-
Bayaran yuran konferensi (muatnaik bukti pembayaran secara online)
-
Hantar kertas kerja penuh (daftar online)
Pembentang
-
Bayaran yuran konferensi (muatnaik bukti pembayaran secara online)
Peserta
Daftar Penyertaan
Sila lengkapkan butiran di alamat pautan yang disediakan ini untuk pendaftaran penyertaan.
Penghantaran Abstrak
Penghantaran Kertas Kerja Penuh
TARIKH PENTING
Abstrak : 30 APRIL 2020
Kertas Kerja Penuh : 24 JULAI 2020
Pemberitahuan Penerimaan : 25 JULAI 2020
Kertas Kerja Siap-Sedia : 14 OGOS 2020
Bayaran & Pendaftaran : 28 OGOS 2020
Tarikh Konferensi : 24 SEPTEMBER 2020
HUBUNGI KAMI
KONFERENSI ANTARABANGSA ISME 2020
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka,
Universiti Teknologi MARA,
KM 26, Jln Lendu,
78000 Alor Gajah,
Melaka,
MALAYSIA
email: ismefssr@gmail.com
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Dr Liza Marziana Mohammad Noh : 0196645186
Shaliza Dasuki : 0172892985
Musaddiq Mohamad Khalil : 0107036777
Nurkhazilah Idris : 0175011772
Fazlina Mohd Radzi : 0195774642